Sejarah kewujudan sebuah kampung Kubang Pekan ini adalah bersempena dengan nama seekor kerbau yang di gelar si “Pekan”. Pada masa dahulu penduduk kawasan kampung ini telah menjalankan kegiatan pertanian dengan menggunakan kaedah tradisional untuk membajak tanah iaitu seperti penggunaan kerbau dan tenggala. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalulnya tenaga kerbau digunakan kerana kekuatan yang dimilikinya untuk melakukan kerja kerja tersebut.
Menurut cerita orang- orang terdahulu terdapat seekor kerbau jantan yang besar saiznya yang diberi nama si Pekan. Di kampong ini ter dapat satu paya yang luas dan berselut. Si Pekan akan bermain dan berendam di dalam selut. Semasa bermain Si Pekan telah terjatuh di kawasan paya yang berselut. Usaha penduduk kampong untuk mengeluarkan si Pekan tidak berjaya dan akhirnya si Pekan mati kelemasan. Kerbau yang bernama si Pekan ini telah dijumpai mati di dalam kubang tempat ia selalu berendam. Disebabkan itu atas jasa si Pekan ini sebagai tenaga kerja penduduk kampong tersebut pada masa itu, maka kampung ini telah di beri nama sebagai Kampung Kubang Pekan sehingga sekarang. (Ketua Kampung, 2014)