Alhamdulillah, telah berlangsung program cuti sekolah iaitu Pertandingan Mewarna Tabika Kubang Pekan yang dianjurkan oleh NADI dengan kerjasama JPKK. Program ini bertujuan mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah serta mencungkil bakat dan kreativiti mereka sejak usia muda.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang serta semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang amat membanggakan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





